Khamis, 12 September 2013

MAJLIS RAMAH MESRA ALUMNI SKKP 2013

  Persatuan Alumni SKKP  telah menganjurkan satu majlis bagi mempereratkan hubungan dengan ahli dan mencari seramai mungkin ahli yang akan berdaftar,bukan itu sahaja Alumni juga telah menjemput mantan Guru Besar dan mantan guru-guru yang dapat dihubungi bagi memeriahkan lagi majlis yang telah dirancang.

Sehubungan dengan itu AJK Alumni dengan berbesar hati menjemput semua xskkp untuk sama-sama meraikan uasaha kami yang julung -julung kalinya ini demi menaut kembali perhubungan yang telah lama terputus atau ,mungkin selama ini hanya berhubung melalui alam maya..




        MAJLIS RAMAH MESRA ALUMNI SKKP 2013

Tarikh     :     15hb September 2013

Masa      :      8.30 pg

Tempat   :      Dewan Sekolah SKKP










Khamis, 30 Mei 2013

PERHATIAN...

Kepada semua bekas murid  Sekolah Kebangsaan Kampong Padang, Kuantan, Pahang , harap dapat melengkapkan borang keahlian yang telah diuploadkan  dalam blog ini dan emailkan ke alamat email saya...  ayu_nasa71@yahoo.com  dan boleh bank in kan yuran ke dalam akaun Maybank 156094166979 (Jumiyah Osman). Sila sms kan no 0199278161 apabila telah  berurusan sama ada emailkan borang  atau bank in kan yuran. Harap dapat kerjasama daripada anda semua...


Selasa, 21 Mei 2013

Allumni

  Apa yang dimaksudkan dengan Allumni ini sebenarnya ialah persatuan bekas murid murid yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Padang. Hasrat untuk menubuhkan persatuan ini telah  lama disuarakan namun ianya tenggelam seiring dengan berlalunya masa kerana tiada tindakan yang diambil baik individu atau kumpulan yang menyatakan idea tersebut. Lalu tenggelamlah ia dan terbengkalai begitu sahaja.
  Semuanya kembali hangat apabila murid-murid "bacth" 1978 -1983 membuat perjumpaan kembali  atau lebih mudah disebut "reunion " mereka selepas program ziarah sewaktu Hari Raya Qurban pada tahun 2012, walaupun tidak ramai yang dapat dikumpulkan buat pertama kalinya pada 16hb.Disember.2012 namun perjumpaan itu berjaya dilaksanakan hasil pencarian melalui "facebook" jua kesungguhan mereka mencari rakan - rakan yang pernah jatuh bangun bersama selama enam tahun di SKKP. Berkat kesabaran dan kesungguhan mereka maka rentetan demi rentetan akhirnya Persatuan Allumni SKKP terbentuk setelah mesyuarat pertama yang diadakan mencadangkan penubuhan A.J.K penaja pada 31hb.March.2013. Persatuan ini dalam proses untuk mendaftarkan pertubuhan ini secara rasmi. Bersamalah kita doakan keberhasilan dan kejayaan penubuhannya dan harapan untuk melaksanakan Mesyuarat Agung berjalan dengan lancar.